Lalu berat sungguh daku mengucapkan
Kata perpisahan
Kerana dirimu amat kusayangkan
Esok ku harus pergi membawa diri
Jauh dari sini
Untuk mengejar masa depan
Moga kau fahami
Di sana rezeki menanti
Di sini hatiku turut bersedih
Kasih kau peganglah pada janji
Suatu hari nanti
Ku kan kembali menemani
**Berat hatiku meninggalkan kamu
Seberat langkahku untuk pergi jauh
Berat mataku melihat kau di situ
Makin terasa beratnya cinta
Ooo..Ooo..Ooo..
Jangan sesekali kau berubah hati
Mencinta yang lain
Dapatku kata ia tak bisa mungkin(tidak mungkin)
Biar seberapa berat dugaanNya
Teguhkan hati
Kerana sedikit pun tidak merubah setiap nurani
Akan ku kirimkan khabar
Berserta kucupan di hujung warkah
Dengan niat setulus di hati
Suatu hari nanti cinta kan kembali bersemi
(ulang korus)**
Nanti kau kirim kirimlah khabar
Dan sertakan kucupan di hujung warkah
Kasih kau peganglah pada janji
Suatu hari nanti ku kan kembali menemani